Ceramah khas serikan Ramadan

Ceramah khas serikan Ramadan

Oleh Sim Y. H. & Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Dalam semangat keberkatan bulan Ramadan ini, BIBD melalui Jawatankuasa Keagamaannya, mengadakan ceramah khas mengenai kelebihan dan ganjaran amalan-amalan sunah semasa Ramadan yang berlangsung di Ibu Pejabat BIBD di Bandar Seri Begawan, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, ceramah itu disampaikan oleh Pengarah Komunikasi Awang dan Pejabat Antarabangsa, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Ustaz Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

Ceramah dihadiri oleh Ketua Jabatan Syariah BIBD, Hajah Hanifah binti Haji Jenan bersama kira-kira 40 orang kakitangan BIBD.

Sementara itu, baru-baru ini, hampir 50 orang penduduk Kampung Setia dan jemaah Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia, menghadiri ceramah khas yang berlangsung di masjid berkenaan.

Haji Mohd Hanafi menyampaikan ceramah khas bertajuk ‘Cermin Diri’.
Haji Mohd Hanafi menyampaikan ceramah khas bertajuk ‘Cermin Diri’.
Antara yang hadir mendengar ceramah khas di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia.
Antara yang hadir mendengar ceramah khas di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia.

Ceramah bertajuk ‘Cermin Diri’ itu telah disampaikan oleh pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohd Hanafi bin Haji Zaini.

Tujuan ceramah yang diadakan selepas sembahyang Jumaat itu adalah untuk memberikan kesedaran kepada umat Islam mengenai perubahan diri ke arah kebaikan.

Di samping itu, ia juga diadakan bagi mengisi masa lapang di bulan yang mulia ini dan mengeratkan hubungan silaturahim antara jemaah masjid dan penduduk Kampung Setia A dan Kampung Setia B.

ARTIKEL YANG SAMA