Ceramah menjelang Ramadan

Ceramah menjelang Ramadan

Oleh Haji Ibrahim bin Haji Ratu

 

TUTONG, 1 Jun – Menjelang kedatangan bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, ahli-ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid Kampung Birau telah mengadakan ceramah keagamaan yang berkisar mengenai keistimewaan dan kelebihan yang terdapat pada bulan tersebut.

Ceramah disampaikan oleh Pegawai Agama dari Pusat Dakwah Islamiah, Hajah Junainah binti Haji Gunong.

Hadir sama mendengar ceramah berkenaan ialah isteri penghulu Mukim Kiudang, Hajah Rahmah binti Abdullah.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking, Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abdul Rahim bin Abdullah, Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim dan Hajah Zainah binti Haji Awang Layeh.

Penghulu Mukim Kiudang (tengah) dan Yang Berhormat OKMB Haji Othman turut hadir di majlis itu.
Penghulu Mukim Kiudang (tengah) dan Yang Berhormat OKMB Haji Othman turut hadir di majlis itu.
Dari kiri….. Hajah Junainah, Hajah Rahmah dan Hajah Zainah semasa di majlis itu.
Dari kiri….. Hajah Junainah, Hajah Rahmah dan Hajah Zainah semasa di majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA