Ceramah motivasi kepentingan disiplin

Ceramah motivasi kepentingan disiplin

Oleh Saemah Kepli

 

DALAM usaha untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pentingnya disiplin, Kampus Jefri Bolkiah (JBC) Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah menganjurkan sesi motivasi, baru-baru ini.

Majlis yang dikendalikan oleh Bahagian Disiplin kampus berkenaan dan diketuai oleh Dayang Noor Hamdiana binti Haji Abdul Hamid dengan kerjasama jawatankuasa disiplin Kampus JBC telah mengundang Pemangku Pengarah/Ketua Unit Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Awang Ali Yusri Abdul Ghafor sebagai penceramah mengenai pentingnya disiplin.

Antara lain ceramah beliau menjelaskan disiplin merupakan salah satu sifat yang perlu ditanam dalam diri seorang pelajar bagi membolehkan mereka berkembang dengan baik dari segi emosi dan juga jasmani.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut Pengetua IBTE Satelit, Awang Norjemee bin Jenek, hadir sama para pegawai pentadbiran kampus, para guru serta para pelajar.

Antara yang menghadiri Sesi Ceramah Motivasi.
Antara yang menghadiri Sesi Ceramah Motivasi.

Sesi motivasi tersebut diadakan antara lain bagi meningkatkan jati diri para pelajar supaya dapat menjadi individu yang beretika dalam mematuhi arahan serta memberikan kesedaran kepada mereka terhadap kepentingan disiplin diri terutama apabila berada di dalam kampus.

Sepanjang sesi diadakan, para pelajar telah memberikan respons yang positif terhadap informasi yang telah disampaikan dan turut melontarkan beberapa soalan bagi menambahkan pengetahuan mereka melalui sesi soal jawab.

ARTIKEL YANG SAMA