Ceramah motivasi menjelang PSR

Ceramah motivasi menjelang PSR

Oleh Pg Hjh Nazhatul Shima binti Pg Hj Tajuddin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Sekolah Sinar Matahari semalam mengadakan ceramah motivasi bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada 20 Oktober yang akan datang.

Ceramah yang berlangsung di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Kampung Pulaie itu bertujuan memberi perangsang kepada murid sebagai persiapan dan persediaan untuk menghadapi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah.

Penceramah undangan, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor dari Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam ceramahnya antara lain menasihati murid-murid supaya jangan meninggalkan solat lima waktu untuk mendapatkan keberkatan dalam pelajaran serta peperiksaan.

Haji Ali Yusri menyampaikan ceramahnya di Sekolah Sinar Matahari.
Haji Ali Yusri menyampaikan ceramahnya di Sekolah Sinar Matahari.

Beliau turut menasihati ibu-bapa dan penjaga murid supaya jangan menangguhkan pembayaran bil air kerana secara logiknya air memainkan peranan penting dalam pelajaran anak-anak.

Katanya, ini kerana air digunakan untuk minuman dan dalam masakkan anak-anak serta berwuduk.

Beliau mengakhiri ceramah dengan berdoa bersama sama murid serta ibu -bapa untuk kejayaan murid yang akan menduduki PSR. Turut hadir Pengetua Sekolah Sinar Matahari, Dayang Naziancina G.Ward, Ketua Guru Ugama sekolah berkenaan, Dayangku Zuliana Pg Haji Idris serta guru-guru Tahun 6.

ARTIKEL YANG SAMA