Ceramah motivasi Tahun 6 SRPB

Ceramah motivasi Tahun 6 SRPB

Oleh Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Sekolah Rendah Pantai Berakas (SRPB), Kluster 3 telah mengadakan satu ceramah motivasi bagi ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar Tahun 6 sekolah berkenaan baru-baru ini.

Ceramah disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB)Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk dengan tajuk “Kami Cemerlang Insha Allah.”

Majlis yang berlangsung di Dewan Anak Wira Sekolah di sekolah tersebut turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah motivasi kepada murid-murid Tahun 6 yang mendapat keputusan A-C dalam Penilaian Tahun 6 (CPA4 – Checkpoint Assessment 4) yang disempurnakan oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Shahrinah binti Haji Sahbudin.

Kehadiran ibu bapa memberikan semangat kepada pelajar Tahun 6.
Kehadiran ibu bapa memberikan semangat kepada pelajar Tahun 6.

ARTIKEL YANG SAMA