Ceramah perancangan kewangan BIBD

Ceramah perancangan kewangan BIBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini melalui pasukan Pengurusan Kekayaan menyampaikan ceramah perancangan kewangan kepada kira-kira 90 kakitangan kerajaan di Institut Perkhidmatan Awam di Rimba. Ceramah itu adalah sebahagian matlamat BIBD meningkatkan kesedaran mengenai manfaat pengurusan kewangan lebih baik, sementara pada masa yang sama mendedahkan kepentingan celik kewangan di Negara Brunei Darussalam.

Salah satu motif ceramah tersebut adalah mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam mengenai kelebihan pengurusan kewangan sekarang dan untuk masa depan.

Majlis ceramah bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran diikuti ceramah perancangan kewangan oleh pegawai dari Unit Pengurusan Kekayaan BIBD, Perancang Kewangan Islam dan Perunding Kewangan Bertauliah, Hajah Isnora binti Minudin.

Para peserta turut diterangkan mengenai bagaimana untuk menguruskan dengan cara terbaik hutang mereka dan bagaimana menyiapkan diri bagi sebarang keadaan yang tidak dijangka sambil menasihatkan agar semua pihak memberi tumpuan kepada keperluan suatu dana kecemasan.

Kakitangan kerajaan ketika mengikuti ceramah Perancangan Kewangan yang dianjurkan BIBD di Institut Perkhidmatan Awam di Rimba.
Kakitangan kerajaan ketika mengikuti ceramah Perancangan Kewangan yang dianjurkan BIBD di Institut Perkhidmatan Awam di Rimba.