Ceramah Ramadan Cawangan Operasi ‘D’

Ceramah Ramadan Cawangan Operasi ‘D’

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Cawangan Operasi ‘D’ mengadakan Ceramah Ramadan bagi memeriahkan lagi Nuzul Al-Quran dan Tahlil yang berlangsung di Balai Bomba Sungai Kebun, Cawangan Operasi ‘D’, di sini, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah, Awang Taib bin Kahar.

Turut hadir Pegawai Pemerintah Operasi ‘D’ SFR Nohi Irwan Sukarki bin Haji Pawi, pegawai-pegawai dan anggota bomba Operasi ‘D’.

Ceramah mengenai Nuzul Al-Quran bersempena bulan Ramadan itu disampaikan oleh Penceramah Undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Hisham bin Ismail.

Awang Hisham semasa menyampaikan ceramah Ramadan tersebut.
Awang Hisham semasa menyampaikan ceramah Ramadan tersebut.

​Majlis diteruskan dengan membaca tahlil yang diketuai oleh Imam Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Awang Mohd Hasnal bin Haji Mohd bagi memperingati pegtawai dan anggota bomba yang telah kembali ke rahmatullah.

Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi Cawangan Operasi ‘D’ yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan anggota bomba serta memberkati bulan Ramadan.