Ceramah Ramadan Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong

Ceramah Ramadan Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 17 Jun – Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong telah mengadakan Ceramah Ramadan yang diadakan di Masjid Kampung Lubok Pulau, Tutong, kelmarin.

Ceramah yang berhubung kait dengan kelebihan bulan Ramadan tersebut telah disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong yang menyasarkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di Daerah Tutong dalam sama-sama mengimarahkan lagi masjid di bulan Ramadan.

Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di daerah ini, dan memberikan ilmu kepada para hadirin mengenai kepentingan dan kelebihan bulan Ramadan di samping memberi peluang kepada mereka untuk bersoal jawab jika berlaku kemusykilan semasa menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Semasa ceramah Ramadan Al-Mubarak di Masjid Kampung Lubok Pulau, Tutong, kelmarin.
Semasa ceramah Ramadan Al-Mubarak di Masjid Kampung Lubok Pulau, Tutong, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA