Ceramah Semarak Ramadan tingkat pengetahuan

Ceramah Semarak Ramadan tingkat pengetahuan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 13 Julai – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, kelmarin mengadakan majlis Ceramah Semarak Ramadan.

Seramai 30 kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan di Daerah Belait menghadiri ceramah tersebut yang disampaikan oleh Dekan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Hambali bin Haji Jaili.

Hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib.

Di antara pengisian Ceramah Semarak Ramadan pada kali ini adalah mengenai mengambil peluang yang penuh keberkatan dan pahala yang berlipat ganda bagi yang menyempurnakan puasa dan amalan-amalan lain di bulan ini.

Dr Haji Hambali ketika menyampaikan Ceramah Semarak Ramadan di Masjid Muhammad Jamalul Alam.
Dr Haji Hambali ketika menyampaikan Ceramah Semarak Ramadan di Masjid Muhammad Jamalul Alam.
Antara kakitangan jabatan-jabatan kerajaan yang hadir di majlis itu.
Antara kakitangan jabatan-jabatan kerajaan yang hadir di majlis itu.

Antara tujuan majlis tersebut diadakan adalah bagi melahirkan masyarakat yang benar-benar bertakwa dan istiqamah dalam mengerjakan segala urusan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangannya, menambahkan lagi ilmu khususnya dalam peribadatan puasa kepada masyarakat.

ARTIKEL YANG SAMA