Ceramah semarak tahun baru Hijrah

Ceramah semarak tahun baru Hijrah

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Masjid Kampung Batu Marang turut tidak ketinggalan dalam menyemarakkan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1437, dengan mengadakan Ceramah Khas bertajuk ‘Hijrah’.

Ceramah Khas sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 itu telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Zainal bin Haji Osman.

Majlis ilmu berkenaan telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid merangkap Ketua Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Saiful Rezal bin Haji Abdul Ghafar.

Menghadiri majlis keagamaan penuh berkebajikan itu ialah ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang, Muslimah Masjid Kampung Batu Marang, jemaah masjid dan penduduk Kampung Batu Marang.

Haji Zainal ketika menyampaikan ceramah khas di Masjid Kampung Batu Marang.
Haji Zainal ketika menyampaikan ceramah khas di Masjid Kampung Batu Marang.
Antara yang menghadiri ceramah khas sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 di Masjid Kampung Batu Marang.
Antara yang menghadiri ceramah khas sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 di Masjid Kampung Batu Marang.

ARTIKEL YANG SAMA