Ceramah semarakkan Ramadan

Ceramah semarakkan Ramadan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan majlis ceramah keagamaan bagi kali kedua bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Haji Marzuke bin Haji Mohsin, ketua jabatan, ketua divisyen dan unit, pegawai dan kakitangan kementerian tersebut.

Ceramah bertajuk ‘Kesan Dosa Dalam Kehidupan’ disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Asmat bin Haji Tuah.

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Tassan bin Haji Mohamad dari Jabatan Kemajuan Perumahan dan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh penceramah undangan.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi turut hadir mendengar ceramah berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi turut hadir mendengar ceramah berkenaan.
Haji Asmat ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kesan Dosa Dalam Kehidupan’.
Haji Asmat ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kesan Dosa Dalam Kehidupan’.

Seramai 200 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan di bawahnya telah menghadiri ceramah berkenaan.

Majlis seumpama itu adalah sebahagian daripada kegiatan keagamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan.

Dalam pada itu, ceramah ketiga bertajuk ‘Fadilat Sedekah’ yang akan disampaikan oleh Haji Suhaimi bin Haji Mohamad dari Pusat Dakwah Islamiah berlangsung pada 9 Julai 2015 ini sempena sambutan Nuzul al-Quran yang akan diadakan serentak dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA