Ceramah sempena Israk Mikraj

Ceramah sempena Israk Mikraj

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Masjid Kg Tanah Jambu dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj.

Hadir menyampaikan ceramah ialah, Haji Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, dengan ceramah yang disampaikan bertajuk “Israk Mikraj Dalam Perspektif Islam”.

Turut hadir

Turut hadir di majlis berkenaan ialah penaung ahli jawatankuasa takmir Masjid Kampung Tanah Jambu, Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Mejar Jeneral (b) Haji Mohammad bin Haji Daud.

Haji Khairul Nazif menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Israk Mikraj Dalam Perspektif Islam’.
Haji Khairul Nazif menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Israk Mikraj Dalam Perspektif Islam’.

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada Nabi SAW semata-mata, malah ianya amat penting sekali kepada seluruh umat Islam.

ARTIKEL YANG SAMA