Ceramah tingkat kesedaran HIV

Ceramah tingkat kesedaran HIV

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Lebih 250 orang pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) Tahun 10 dan 11 telah menghadiri Ceramah Kesedaran HIV yang berlangsung di dewan serba guna, sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir bagi menyampaikan ceramah ialah Presiden Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAC), Awang Iswandy bin Ahmad selaku penceramah undangan.

Turut hadir semasa majlis ceramah itu ialah Timbalan Pengetua (Akademik) STPRI, Hajah Aisah binti Haji Mohd Salleh, Kaunselor STPRI, Dayang Nur Syazilah binti Abdullah Lim dan juga guru-guru STPRI.

Para pelajar yang hadir mendengarkan taklimat di Dewan Serba Guna STPRI.
Para pelajar yang hadir mendengarkan taklimat di Dewan Serba Guna STPRI.
Presiden BDAC, Awang Iswandy semasa menyampaikan ceramah pada majlis itu.
Presiden BDAC, Awang Iswandy semasa menyampaikan ceramah pada majlis itu.

Ceramah diisikan dengan maklumat mengenai AIDS, HIV dan jangkitan melalui hubungan seks (STI) dan cara-cara untuk mengelakkannya daripada berlaku khususnya pada belia-belia muda masa kini. Ceramah juga diteruskan lagi dengan sesi soal jawab.

Penganjuran ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai AIDS, HIV dan STI kepada masyarakat di negara ini di samping memberikan maklumat dan pengetahuan yang mencukupi kepada belia-belia muda.