Ceres sekat DPMM FC

Ceres sekat DPMM FC

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Pasukan Brunei DPMM FC tewas 0-3 di tangan pasukan Ceres-La Salle FC pada pusingan pertama suku akhir Piala Singapura yang diadakan di Jalan Besar Stadium, Singapura, sebentar tadi.

Pasukan Ceres-La Salle FC membuka jaringan pada minit ke-15 melalui Manuel Ott dan dua lagi gol dihasilkan oleh Stephan Schrock pada minit ke-26 dan 72.

Dengan keputusan tersebut bermakna pasukan DPMM FC perlu sekurang-kurang membolosi gawang pasukan Ceres empat jaringan tanpa membenarkan bolos di gawang sendiri bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam perlawanan timbal balik.

 

ARTIKEL YANG SAMA