Ceria dan meriah

Ceria dan meriah

Oleh Imelda Groves HA, Yusrin Junaidi dan Hajah Saemah Kepli
Gambar oleh Khairil Hassan dan Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri begitu menyerlah dan disaksikan di perkarangan kawasan Istana Nurul Iman dengan kehadiran lebih 33,106 orang yang mengunjungi hari kedua istana dibuka bagi kunjungan orang ramai sempena Hari Raya Aidilfitri, hari ini.

Daripada jumlah tersebut seramai 13,883 orang berkunjung pada sebelah pagi dan 19,223 orang lagi berkunjung pada sebelah petang. Para pengunjung mengambil peluang keemasan ini untuk bersua muka dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain dan seterusnya menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri secara peribadi serta membuktikan ketaatan dan kasih sayang rakyat dan penduduk negara ini terhadap raja yang dikasihi.

Pada majlis itu, Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

p01-1_20160709

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Perdana Wazir, DYTM Pengiran Bendahara, DYTM Pengiran Digadong, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel menerima junjung ziarah daripada Program Khidmat Bakti Negara.

Ahli kerabat diraja yang lain ketika menerima junjung ziarah.
Ahli kerabat diraja yang lain ketika menerima junjung ziarah.

p01-4_20160709

Baginda Raja Isteri dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah menerima junjung ziarah daripada Pasukan Polis Diraja Brunei.
Baginda Raja Isteri dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah menerima junjung ziarah daripada Pasukan Polis Diraja Brunei.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah menerima junjung ziarah daripada orang ramai.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah menerima junjung ziarah daripada orang ramai.
Kerabat diraja sebelum menerima junjung ziarah daripada para pengunjung wanita ke Istana Nurul Iman.
Kerabat diraja sebelum menerima junjung ziarah daripada para pengunjung wanita ke Istana Nurul Iman.
Ahli-ahli pengakap senior yang turut serta bagi menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja yang lain.
Ahli-ahli pengakap senior yang turut serta bagi menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja yang lain.
Para pengunjung mengisikan borang kupon untuk mengambil cenderahati dari Istana Nurul Iman.
Para pengunjung mengisikan borang kupon untuk mengambil cenderahati dari Istana Nurul Iman.
Para penjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman pada hari kedua ‘Istana Terbuka’ dibuka buat orang ramai.
Para penjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman pada hari kedua ‘Istana Terbuka’ dibuka buat orang ramai.
Para pengunjung tidak pulang dengan perut kosong kerana disediakan pelbagai juadah yang disediakan khas buat para pengunjung Istana Nurul Iman.
Para pengunjung tidak pulang dengan perut kosong kerana disediakan pelbagai juadah yang disediakan khas buat para pengunjung Istana Nurul Iman.

Juga berangkat ialah ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Sementara itu diruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada para pengunjung wanita.

Turut berangkat Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam beserta cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Istana Nurul Iman akan dibukakan lagi esok bagi hari ketiga dan terakhir bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan dari pukul 2 hingga 4 petang.

ARTIKEL YANG SAMA