Ceriakan anak-anak yatim

Ceriakan anak-anak yatim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 1 Julai – Seramai 720 orang anak yatim yang berdaftar di Daerah Belait hari ini menerima derma sumbangan Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan, Bank Islam Brunei Darussalam serta Tabung Anak-anak Yatim Daerah Belait, bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Daerah Belait Awang Haji Haris bin Othman dalam majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Ehsan di sini.

Turut bersama menghulurkan derma pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Syarikat Suasana Mentari Engineering Service Sdn Bhd dan Syarikat SMES Matco Sdn Bhd Awang Yusof bin Haji Othman serta Pengarah Eksekutif syarikat itu Awang Kelvin Kong.

Haji Haris menyampaikan derma anak-anak yatim Daerah Belait.
Haji Haris menyampaikan derma anak-anak yatim Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA