Cermin mata Klopp jadi mangsa

Cermin mata Klopp jadi mangsa

NORWICH, 24 Jan – Cermin mata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp rosak ketika dia meraikan jaringan kemenangan 5-4 Liverpool ke atas Norwich City yang disumbangkan Adam Lallana di Carrow Road, malam tadi.

Klopp kehilangan cermin matanya itu apabila Lallana berlari ke arahnya sejurus menjaringkan gol sambil dikerumuni rakan sepasukannya sehingga cermin mata pengendali dari Jerman itu terkeluar daripada kedudukannya.

Lallana menjaringkan gol kemenangan The Reds pada minit ke-95, kurang empat minit selepas Sebastien Bassong kembali menyamakan kedudukan 4-4 buat Norwich.

“Saya kebiasaannya membawa dua pasang cermin mata, namun saya tidak dapat mencarinya kerana sukar untuk mencari cermin mata tanpa cermin mata,” kata Klopp berjenaka.

Pemain Brazil, Roberto Firmino meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-18 sebelum Norwich menyamakan kedudukan menerusi Dieumerci Mbokani pada minit ke-29 diikuti jaringan sulung Steven Naismith.

Jurgen Klopp memegang kaca matanya yang rosak akibat begitu teruja semasa meraikan kemenangan mereka pada perlawanan tersebut. - Reuters
Jurgen Klopp memegang kaca matanya yang rosak akibat begitu teruja semasa meraikan kemenangan mereka pada perlawanan tersebut. – Reuters

Kedudukan menjadi 1-3 buat Liverpool apabila Wes Hoolahan melengkapkan penalti dengan gol daripada kapten, Jordan Henderson dan jaringan kedua Firmino kembali menyamakan kedudukan.

Liverpool di depan menerusi jaringan James Milner pada minit ke-75 namun kembali disamakan Norwich pada masa kecederaan oleh Bassong sebelum Lallana muncul penyelamat.

“Sudah tentu kami bernasib baik, namun kami juga tidak begitu bernasib baik kerana mereka menyamakan kedudukan pada masa kecederaan. Ia amat emosional.

“Kami berada dalam keadaan huru hara dan kemudian bertindak balas. Kadang kami kami tahu apa kami lakukan, kadang kala kami tidak. Perlawanan ini penuh dengan cerita.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA