Ceroboh: Penganggur dipenjara 3 bulan

Ceroboh: Penganggur dipenjara 3 bulan

Oleh Rafidah Jumat

pg06_160610_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Seorang penganggur terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga bulan selepas gagal membayar denda $1,500 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini, kerana menceroboh kawasan rumah.

Ahmad Razali bin Ismail, 20, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain atas pertuduhan menceroboh dengan tujuan untuk melakukan kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Jun 2016 kira-kira jam 10:30 malam di kawasan sebuah rumah di Jalan 77 Perumahan Lambak Kanan.

Kertas pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff menyebut, tertuduh diturunkan oleh rakannya di sebuah kedai runcit di Jalan 77, dan berjalan di sekitar kawasan itu apabila terlihat sebuah rumah dalam keadaan gelap, dan menganggap rumah itu tidak berpenghuni.

Tertuduh memasuki kawasan rumah itu dan mengintai dari luar tingkap dapur, namun disedari oleh pemilik rumah.

Tertuduh kemudian melarikan diri dan bersembunyi di sebalik pokok sebelum bersembunyi lagi di dalam garaj milik jiran sebelah.

Tertuduh bagaimanapun diberkas di mana dia mengaku menceroboh dengan tujuan untuk mencuri.

ARTIKEL YANG SAMA