Cerpelai mabuk dirawat

Cerpelai mabuk dirawat

POLAND, 30 Julai (AFP) – Seekor cerpelai betina sedang dalam pemulihan di pusat perlindungan haiwan Poland kelmarin, dua hari selepas haiwan parti itu ditemui pengsan di sebuah pantai akibat dari, minum terlebih banyak.

“Oh, remaja. Oh, cuti musim panas,” perlindungan haiwan Dzika Ostoja bergurau kelmarin dalam satu siaran Facebook menggambarkan nasib cerpelai yang dinamakan Wandzia di bandar resort tepi pantai baltik Rewal.

“Kami menemui Wandzia mabuk, dikelilingi tujuh botol (arak kosong). Terdapat dua lagi dalam semak, jadi berkemungkinan Wandzia memulakan partinya di sana. Haha.”

Cerpelai itu dipercayai telah mencuri sebotol arak daripada kalangan pengunjung, sebelum membuka tudung botol menggunakan giginya.

Haiwan yang berwarna hitam dan putih itu pengsan dalam masa dua hari penuh, ketua perlindungan Marzena Bialowolska berkata, menambah bahawa cerpelai itu telah mula sembuh kembali tetapi tetap tidak berupaya untuk bangun.

“Ia telah tidur, minum (air) dan makan daging ayam,” kata Bialowolska. Jika semuanya berjalan dengan lancar, Wandzia akan dilepaskan kembali ke dalam hutan pada hujung minggu ini.

Gambar-gambar dan video pemulihan cerpelai ini boleh dilihat dalam Facebook pusat perlindugan itu: http://www.facebook.com/dzikaostoja

Wandzia bukanlah yang pertama yang telah diuji kaji bersama alkohol. Pada 2009, Polis Jerman dipanggil untuk mengosongkan sebuah jalan dari seekor cerpelai yang “mabuk” daripada memakan ceri yang telah ditapai.

ARTIKEL YANG SAMA