Cesena mangsa Napoli buru Liga Juara-Juara Eropah

Cesena mangsa Napoli buru Liga Juara-Juara Eropah

MILAN, 19 Mei – Jaringan pemain antarabangsa Belgium, Dreis Mertens membantu Napoli untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Cesena yang disingkirkan tetapi masih menyaksikan mereka merapatkan jurang dengan tiga mata di belakang Lazio dalam memburu kedudukan dalam Liga Juara-Juara semalam. Napoli ketinggalan pada suku jam apabila Gregoire Defrel dari Perancis menewaskan penjaga gol Mariano Andujar untuk menjaringkan gol pertama di San Paolo.

Tetapi tuan rumah membalas dengan bergaya apabila Mertens menyamakan kedudukan dari jarak dekat selepas pertahanan kucar-kacir dan Manolo Gabbiadini meletakkan tuan rumah di depan hanya dua minit kemudian.

Napoli melakukan serangan tetapi gagal merobek bahagian pertahanan dan pada saat-saat akhir babak kedua, Defel yang tidak dikawal bagi menjaringkan gol keduanya selepas hantaran dari sudut kanan terus ke kaki Merten dan mengelak pemain pertahanan Napoli.

Jurulatih Cesena, Domenico Di Carlo menggambarkan Defrel tidak mungkin akan kekal lama bersama kelab itu yang sudah disingkirkan ke Serie B.

“Dia seorang pemain yang penting, laju, teknikal dan memberikan tumpuan untuk menjaringkan gol. Dia boleh beraksi di mana saja di depan dan dia masih mempunyai banyak ruang untuk meningkat. Dengan kami, dia banyak berkembang tetapi sekarang bersedia untuk kelab yang lebih besar,” kata Di Carlo.

Tuan rumah meningkatkan permainan selepas rehat dan seharusnya berada di depan tetapi Merten melepaskan rembatan melendong yang tersasar dari tiang gol Federico Agliardi.

Mertens membuat perubahan selepas itu dengan meluru ke sudut kiri, memasuki kawasan dan membuat hantaran pantas bersama Jose Callejon untuk menewaskan Agliardi dengan jaringan kemenangan. – AFP