Cetakan biru BVB bantu bina semula Reds

Cetakan biru BVB bantu bina semula Reds

LONDON, 13 April (AFP) – Mungkin tidak dapat dielakkan pemain Liverpool Jurgen Klopp akan menghasilkan prestasi sama seperti Borussia Dortmund di tempat bekas kelabnya.

Dalam pusingan pertama suku akhir Liga Europa minggu lalu di Westfalenstadion, Klopp menyaksikan pemain Liverpool beliau menyerang seperti pasukan Dortmund yang dipimpinnya ke tahap tertinggi perlawanan Eropah.

Jika sejarah terdahulu patut dipercayai, skor terakhir 1-1 memberikan Liverpool 74 peratus peluang untuk maju ke peringkat seterusnya, dan ciri-ciri permainan mereka mendedahkan sejauh mana kaedah Klopp telahpun berjaya.

“Saya pasti ramai orang sangka kami akan kalah 2-0, 3-0 atau 4-0,” kata Klopp, di mana pasukannya bermain menentang Dortmund di Anfield dalam pusingan timbal balik pada Khamis. “Namun pada beberapa tahap, kami berjaya mengatasi Dortmund, dan kami cemerlang dengan jaringan gol.”

Melihat Klopp di garisan tepi, menjerit pada pemainnya, mengangkat penumbuk sebagai meraikan jaringan gol Divock Origi pada separuh masa pertama, adalah sesuatu yang biasa dilihat oleh peminat Dortmund, yang meraikannya apabila wisel terakhir dibunyikan.

Klopp dan Tuchel berpelukkan selepas pusingan pertama suku akhir Liga Europa selesai di Dortmund pada 7 April lalu. – AFP
Klopp dan Tuchel berpelukkan selepas pusingan pertama suku akhir Liga Europa selesai di Dortmund pada 7 April lalu. – AFP

Begitu juga dengan taktik yang digunakan oleh pasukannya, di mana pendekatan yang agresif di bahagian depan menghalang pasukan di tempat sendiri daripada menggunakan sebarang rentak permainan dan di mana serangan balas membantu Dortmund sentiasa berjaga-jaga di bahagian pertahanan.

Sementara Dortmund menjadi pasukan yang lebih terkawal di bawah pengganti Klopp, Thomas Tuchel – peninggalan status baru yang ditinggalkan kepada mereka dalam tempoh tujuh tahun – Liverpool sedang mempamerkan mentaliti yang sama di mana dia membina kejayaannya di lembah Ruhr.

Bercakap pada awal musim ini, bekas pertahanan Liverpool Mark Lawrenson berkata prestasi terbaik pasukan “mengingatkan kepada Borussia Dortmund pada prestasi terbaik mereka di bawah Jurgen Klopp.”

Klopp sentiasa mempercayai pemain yang diwarisinya di Dortmund, dengan tujuh daripada 18 pemain yang dipanggilnya untuk perlawanan pertamanya, kemenangan 3-2 di Bayer Leverkusen pada Ogos 2008, diturunkan bersama skuad yang menghadapi Bayern Munich dalam perlawanan final Liga Juara-Juara lima tahun kemudian.

ARTIKEL YANG SAMA