Cetakan emas untuk setem khas pertabalan Sultan Perak

Cetakan emas untuk setem khas pertabalan Sultan Perak

IPOH, 4 Mei (Bernama) – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) buat julung kali dalam sejarah lebih 200 tahun, menggunakan pencetakan emas bagisetiap setem berharga 60 sen, 80 sen dan RM1.20.

“Dakwat emas mempunyai keistimewaan yang tidak pernah Pos Malaysia lakukan sebelum ini,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Azlan Shahrim.

Beliau berkata Pos Malaysia akan mula menjual koleksi setem khas dan filateli bersempena pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak XXXVpada Khamis ini.

Azlan berkata setem itu memaparkan potret Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Buku Hikayat Misa Melayu bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV yang disempurnakan oleh Sultan Nazrin di Dewan Bandaran Ipoh di sini, hari ini. Selain itu, katanya, Pos Malaysia menjual lembaran mini pada harga RM5, sampul surat kosong (50 sen) manakala folder yang terdiri daripada sampul surat dan lembaran mini pada harga RM5.50.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu di Dewan Bandaraya Ipoh hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua, kanan) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir (kanan). –Bernama

Beliau berkata setem berharga 60 sen dicetak sebanyak 400,000 kepingmanakala yang berharga 80 sen dan RM1.20 sebanyak 250,000keping.

Azlan berkata pembeli yang berhasrat mendapatkan cop setem Kuala Kangsar boleh ke Pejabat Pos Kuala Kangsar dan Ipoh pada 7 Mei ini.

Katanya ketika melawat gerai Pos Malaysia, Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan reka bentuk dan gambar pada setem yang dipilih baginda.

“Setem ini bukan sahaja dibeli oleh pengumpul setem tetapi juga oleh golongan profesional, pelajar dan rakyat Perak sendiri yang suka mengumpul setem kerana ia memberi satu makna,” katanya.