Cetus semangat hadapi peperiksaan

Cetus semangat hadapi peperiksaan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Sebagai persiapan untuk pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) pada 18 November ini, Sekolah Ugama (SU) Mabohai telah mengadakan ceramah motivasi bagi seramai 54 orang murid Darjah 6 sekolah berkenaan.

Majlis ceramah yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan turut dihadiri oleh guru besar SU Mabohai dan guru-guru yang mengajar Darjah 6.

Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei l, Hajah Noorsiah binti Haji Mohd Noor yang antara lain mengingatkan murid-murid supaya bersiap sedia sama ada dari segi mental atau fizikal sebelum menghadapi peperiksaan.

Beliau juga memberikan beberapa tip cara menjawab soalan dengan betul dan tepat sebagaimana yang dikehendaki soalan, di samping mengingatkan murid-murid agar tidak lupa mengerjakan solat dan sentiasa berdoa supaya lulus dalam peperiksaan tersebut. Acara diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr berjemaah.

Antara murid-murid yang mengikuti ceramah tersebut.
Antara murid-murid yang mengikuti ceramah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA