Chambers, dakwaan membunuh difailkan

Chambers, dakwaan membunuh difailkan

STILLWATER, Okla, 26 Okt (Reuters) – Seorang wanita Oklahoma semalam didakwa atas empat pertuduhan membunuh kelas kedua sehari selepas dia dikatakan merempuhkan kereta yang dipandunya ke arah orang ramai pada satu perbarisan kepulangan Oklahoma State Universiti (OSU), yang mengorbankan empat orang dan mencederakan berbelas-belas orang lagi, menurut polis.

Adacia Avery Chambers, 25 tahun dikatakan memandu kereta Hyundai Elantra berwarna kelabu ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan perarakan di Stillwater semalam, kira-kira105 km barat daya Bandar Oklahoma.

Menurut polis Chambers disyaki dalam keadaan mabuk. Tiga orang dewasa dan seorang anak kecil telah terbunuh dan kira-kira empat dozen orang tercedera, lima dari mereka dalam keadaan kritikal.

Polis Stillwater berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa dalam rundingan dengan pejabat peguam daerah Payne County, dakwaan membunuh telah difailkan. Polis masih menantikan keputusan ujian darah yang dilakukan ke atas Chambers selepas kemalangan itu.

Adacia Avery Chambers, pemandu kereta yang merempuh orang ramai semasa menyaksikan perarakan di Oklahoma, membunuh empat orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi pada 24 Oktober lalu. – AFP
Adacia Avery Chambers, pemandu kereta yang merempuh orang ramai semasa menyaksikan perarakan di Oklahoma, membunuh empat orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi pada 24 Oktober lalu. – AFP

Peguamnya, Tony Coleman memberitahu surat khabar The Oklahoma, dia percaya anak guamnya mengalami penyakit mental dan meragui dia dalam keadaan mabuk pada ketika kejadian itu.

“Buat masa ini saya tidak percaya dia dalam keadaan mabuk,” Coleman memberitahu surat khabar itu. “Saya amat bimbangkan kecekapannya pada tahap ini. Saya bukan seorang pakar psikologi atau psikiatrik, tetapi saya boleh memberitahu bahawa dia mengalami penyakit mental,” kata Coleman lagi.

Reuters tidak dapat menghubungi Coleman segera, Chambers dijangka akan membuat muncul di Mahkamah Daerah Payne County sebelah tengah hari pada hari ini, menurut polis.

ARTIKEL YANG SAMA