Champagne sah tanding bos FIFA

Champagne sah tanding bos FIFA

GENEVA, 23 Okt (Agensi) – Kali ini, Jerome Champagne sudah secara rasmi turut mengesahkan bertanding jawatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Saya sudah menghantar permohonan dan lapan surat pencalonan kepada FIFA malam Isnin lepas,” Champagne, bekas seorang diplomat Perancis memberitahu dalam satu temu ramah sebelum melancarkan bidaannya bagi jawatan nombor satu FIFA hari ini.

“Ia satu misi yang sungguh teruja,” kata bekas pengarah perhubungan antarabangsa FIFA itu yang turut menghantar manifesto tujuh muka surat kepada 209 anggota badan induk bola sepak antarabangsa itu.

Champagne mengemukakan pelbagai visinya yang antara lain termasuk rancangan pemodenan dan bagaimana untuk memulihkan FIFA yang kini dilanda masalah skandal rasuah.

Jerome Champagne. – AFP
Jerome Champagne. – AFP

Beliau sebenarnya turut berkempen bagi pengundian terdahulu yang dimenangi oleh bekas bosnya serta sekutu Sepp Blatter, tetapi tidak mendapat sokongan yang diperlukan daripada lima anggota untuk menjadi calon.

Beliau kini bersaing dengan Michel Platini, Putera Ali bin al-Hussein dan David Nakhid, bekas pemain Trinidad dan Tobago, dalam memenuhi tempoh akhir permohonan Isnin depan bagi pengundian pada 26 Februari tahun depan.

ARTIKEL YANG SAMA