Chang Ein Hon...

Chang Ein Hong buka cawangan baru

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Kedai jam tangan Chang Ein Hong Watch Dealer telah membuka cawangan terbarunya di aras bawah, The Mall, Gadong.

Perasmian cawangan baru berkenaan, hari ini, telah disempurnakan oleh pemilik syarikat berkenaan, Chang Ein Hong di hadapan rakan-rakan kongsi perniagaan, jemputan khas dan juga rakan-rakan.

Ini merupakan cawangan ketiga mereka, selepas Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan dan di The Mall, Gadong, berhampiran dengan cawangan baru mereka.

Namun cawangan kedua mereka yang juga terletak di The Mall, Gadong, ketika ini sedang menjalani pengubahsuaian.

Chang Ein Hong bersama rakan-rakan niaga dan juga rakan-rakan yang lain bergambar ramai di hari pelancaran kedai jam tangan Chang Eing Hong Watch Dealer.
Chang Ein Hong bersama rakan-rakan niaga dan juga rakan-rakan yang lain bergambar ramai di hari pelancaran kedai jam tangan Chang Eing Hong Watch Dealer.

Pemilik kedai mengiringi tetamu melihat jam tangan yang dijual di kedai baru itu.
Pemilik kedai mengiringi tetamu melihat jam tangan yang dijual di kedai baru itu.

Di cawangan baru berkenaan, mereka menampilkan pelbagai jenama jam premium antaranya Rado, Tag Heuer, Rolex, Luminox, Breitling, Seiko, Tudor, Montblanc, Guess dan Tissot.

Di majlis berkenaan juga, para jemputan telah menikmati jamuan yang telah disediakan di luar kedai jam berkenaan.