Chapecoense wajar menangi Copa Sudamericana

Chapecoense wajar menangi Copa Sudamericana

BOGOTA, 30 Nov – Kelab Colombia, Atletico Nacional meminta Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) menganugerahkan trofi Copa Sudamericana kepada kelab Brazil, Chapecoense sebagai penghormatan terhadap pemain pasukan itu yang terkorban dalam nahas udara.

Nacional sudah membuat permohonan terbabit kepada CONMEBOL menerusi satu kenyataan, semalam.

Ia meminta badan induk itu “gelaran Copa Sudamericana diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Chapecoense sebagai trofi penghormatan atas kehilangan yang besar, dan sebagai menghormati mangsa kemalangan maut yang meletakkan sukan kami dalam situasi berkabung.”

Chapecoense dan Atletico Nacional sepatutnya dijadualkan bertemu pada hari ini pada perlawanan pertama timbal balik final Copa Sudamericana, gelaran kedua paling berprestij bola sepak di Amerika Selatan selepas Copa Libertadores.

Ia setaraf dengan Liga Europa di Eropah.

CONMEBOL berkata dalam satu kenyataan mengatakan perlawanan itu digantung sehingga notis selanjutnya.

“Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa dan menunggu laporan rasmi,” kata sumber CONMEBOL kepada AFP sambil mengatakan”amat tidak mungkin” perlawanan final akan dijalankan.

Hanya sembilan pemain daripada skuad Chapecoense tidak pergi ke Colombia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA