Chatime buka cawangan baru

Chatime buka cawangan baru

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Para penggemar minuman teh susu di Chatime, kini boleh menikmati minuman pilihan mereka apabila francais dari Taiwan itu membuka cawangan terbarunya dan kedua di Negara Brunei Darussalam di Citis Square, Berakas, kelmarin.

Setelah membuka cawangan pertama di Jalan Pretty, Kuala Belait, kini Chatime, menemui penggemar barisan minuman berkenaan dengan membuka cawangan terbarunya di Daerah Brunei dan Muara.

Menurut Pengurus Operasi Chatime, Grace Chen, cawangan terbaru Chatime akan dibuka secara rasmi dalam tempoh dua minggu di mana pada masa ini, ia dibuka untuk memastikan bahawa operasi akan dapat berjalan dengan lancar sepenuhnya sebelum ia membuka tirainya secara rasmi.

Semasa pembukaan rasmi itu nanti, pelbagai promosi istimewa akan disediakan.

Grace berkata bahawa semasa pembukaan awal ini, sambutan daripada para pengunjung adalah sungguh menggalakkan di mana tempahan dibuat dari awal kedai dibuka sehingga pada petang ini.

Ruangan dalam Chatime yang selesa dan santai memberikan keselesaan kepada para pelanggan.
Ruangan dalam Chatime yang selesa dan santai memberikan keselesaan kepada para pelanggan.
Para pengunjung muda membuat tempahan mereka di kaunter Chatime.
Para pengunjung muda membuat tempahan mereka di kaunter Chatime.
Barisan minuman popular yang ditawarkan oleh Chatime.
Barisan minuman popular yang ditawarkan oleh Chatime.

Menyentuh mengenai dengan cawangan pertama Chatime di Jalan Pretty, beliau berkata bahawa sambutan di cawangan itu adalah menggalakkan sejak ia dibuka secara rasmi pada 3 Oktober lalu.

Menurut beliau, salah satu daripada keistimewaan minuman teh yang disajikan Chatime ialah daun teh yang digunakan datang dari ladang Chatime sendiri di Nantou, Taiwan dan diproses untuk memenuhi serta memberikan rasa yang unik kepada pelanggannya.

Beliau juga berkata bahawa setiap ramuan yang digunakan untuk menghasilkan minuman Chatime adalah berkualiti tinggi serta dijamin halal.

Tambahnya lagi, antara minuman yang menjadi pilihan utama pelanggannya termasuk QQ Passion Fruit, Chocolate Milk Tea dan Pearl Milk Tea.

Chatime menawarkan lebih 60 kombinasi minuman dengan pilihan lapan jenis topping dan kadar gula serta ais yang boleh dipilih oleh para pelanggan, sesuai dengan cita rasa masing-masing.

Chatime merupakan salah satu francais minuman teh yang pesat membangun dengan mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA