Chatime kini di Brunei

Chatime kini di Brunei

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 1 Okt – Francais kedai minuman teh Chatime yang terkenal dari Taiwan, telah menembusi pasaran Brunei apabila membuka kedai pertamanya di Jalan Pretty, Kuala Belait, dengan majlis pembukaannya telah diadakan kelmarin.

Bercakap dengan Media Permata semasa pelancaran awal tersebut, Pengarah Chatime, Dayang Grace Chen berkata minuman berjenama dari Taiwan itu adalah antara minuman ‘Bubble Tea’ yang baru popular di kebanyakan negara seperti Australia, Kanada, Hong Kong dan lain-lain lagi.

“Chatime memenangi anugerah Jenama Tahunan pada Anugerah Jenama Dunia di London pada Oktober tahun lepas, menjadi jenama katering Taiwan pertama menerima satu penghormatan seperti ini,” ujarnya.

Antara pelanggan yang mengunjungi kedai minuman tersebut.
Antara pelanggan yang mengunjungi kedai minuman tersebut.

Menurut beliau lagi, keputusan untuk membawa kedai francais Chatime ke Brunei adalah berdasarkan keinginan untuk memperkenalkan jenama terkini trend global ke negara ini.

Chatime Brunei, tambahnya, komited untuk menyediakan lebih daripada sekadar ‘Bubble Tea’, dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan yang sangat baik dan menyediakan pelanggan dengan persekitaran yang selesa untuk menikmati teh bersama rakan-rakan dan keluarga. Chatime Brunei akan mengadakan promosi tiga minggu setelah pembukaan besar-besaran dengan minggu pertama menyediakan promosi istimewa beli satu dapat lagi satu.

Pembukaan kedai kedua Chatime di Citis Square akan diumumkan pada masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA