Chaves pemenang Columbia pertama di Lombardy

Chaves pemenang Columbia pertama di Lombardy

BERGAMO, Italy, 2 Okt – Penuggang Orica, Esteban Chaves menewaskan penunggang dari Itali, Diego Rosa dalam kemasan pecut dramatik untuk menjadi pemenang Colombia pertama daripada salah satu lima monumen berbasikal di Tour of Lombardy, Kelmarin.

Rosa, Astana, menduduki tempat kedua dengan seorang lagi warga Colombia, Rigoberto Uran (Cannondale), di tempat ketiga selepas perlumbaan 241km antara Como dan Bergamo.

Manakala penunggang Perancis, Romain Bardet dari Pasukan AG2R menduduki tempat keempat selepas perlumbaan 6 jam 26 minit, dengan pesaing pra-perlumbaan Alejandro Valverde (Movistar) di tempat keenam dengan meraih 1 minit 24 saat di belakang.

Chaves telah menjadi salah satu bintang pada musim berbasikal selepas muncul naib juara di Giro d’Italia dan tempat ketiga pada Tour of Spain.

Pemain berusia 26 tahun itu beraksi dengan gaya terbaik, menjadi pemenang Colombia pertama pada perlumbaan itu dan pemenang Colombia pertama yang memenangi salah satu lima ‘monumen’. Yang lain ialah Milan-Sanremo, Tour of Flanders, Paris-Roubaix dan Liege-Bastogne-Liege.

Chavez meraikan kejayaan ketika melintasi garisan penamat untuk memenangi edisi ke-110 giro di Lombardia (Tour of Lombardy), pada 1 Oktober 2016. – AFP
Chavez meraikan kejayaan ketika melintasi garisan penamat untuk memenangi edisi ke-110 giro di Lombardia (Tour of Lombardy), pada 1 Oktober 2016. – AFP

“Untuk memenanginya ia sangat hebat,” kata Chaves.

Chaves menghabiskan masa selama dua tahun hidup sebagai seorang pemuda profesional.

“Ia sukar dipercayai, saya tidak boleh percaya saya telah memenangi Lombardia,” Chaves memberitahu kepada televisyen Rai.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Orica-BikeExchange. Saya berasa amat gembira dan berasa amat bangga dengan pasukan saya.” – AFP