Chee tewas dalam pilihan raya Singapura

Chee tewas dalam pilihan raya Singapura

SINGAPURA, 8 Mei (AFP) – Parti memerintah Singapura semalam dengan selesa mengambil alih semula kerusi parlimen yang dikosongkan oleh seorang anggota yang melepaskan kerusi itu kerana hubungan luar nikah.

Kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya kecil memberi tamparan hebat baru kepada calon pembangkang Chee Soon Juan yang lama bertahan dalam penjara dan kemuflisan dalam kempen panjangnya bagi Singapura yang lebih liberal. Calon parti memerintah, Murali Pillai, seorang peguam telah memenangi 61.2 peratus undi berbanding 28.8 yang diraih Chee, ketua parti Demokrasi Singapura.

PAP kini memegang 83 dari 89 kerusi dalam parlimen selepas kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada September lalu, yang menyaksikan parti itu mengambil 70 peratus undi. Diasaskan bersama oleh orang kuat Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, parti itu telah memimpin Singapura berterusan sejak negara kota itu meraih pemerintahan sendiri dari Britain dalam tahun 1959, sebelum kemerdekaan penuh pada tahun 1965.

Chee Soon Juan menyampaikan ucapannya kepada penyokong, manakala isterinya Huang Chih-Mei melambai kepada orang ramai yang berkumpul di Singapura pada Sabtu lalu. – AFP
Chee Soon Juan menyampaikan ucapannya kepada penyokong, manakala isterinya Huang Chih-Mei melambai kepada orang ramai yang berkumpul di Singapura pada Sabtu lalu. – AFP

Para pemimpinnya berkata pendirian kuat PAP terhadap rasuah dan rekod prestasi dalam membawa negara kota itu menjadi salah sebuah ekonomi paling canggih di Asia telah membolehkannya untuk terus berkuasa. Bagaimanapun para pengkritik berkata pemerintahan satu parti yang tidak telah melemaskan penentang dan membendung kebebasan awam dan politik.

Kerusi yang dipertandingkan di daerah pinggir bandar, Bukit Barok telah kosong pada Mac apabila ahli parlimen yang dilantik, David Ong, 54 tahun meletak jawatan ekoran hubungan luar nikah. Perdana Menteri Lee Hsien Loong berterima kasih kepada rakyat Singapura keran mengundi calon parti memerintah.

Lee berkata dalam halaman Facebook bahawa kemenangan Murali menunjukkan ‘kerajaan dan rakyat bersatu dalam bersama-sama membina negara yang lebih baik.” Chee, penentang yang dikenal di antarabangsa yang telah menentang PAP bagi hak awam dan politik lebih besar, berkata “Saya akan akur, bukan dalam kekalahan tetapi dengan bergaya.”