Cheetah kian ...

Cheetah kian diancam kepupusan

AFRIKA SELATAN – Kelihatan sedang berehat di bawah naungan pokok, sekumpulan cheetah sedang berbaring dan menikmati suasana panas di kawasan tersebut yang dikelilingi dengan pagar dawai yang sangat kukuh.

Kawasan pemuliharaan itu mungkin satu-satunya usaha bagi mengekalkan status cheetah untuk wujud dalam masa beberapa dekad lagi.

Beberapa tinjauan dan laporan telah dikeluarkan baru-baru ini dan telah mendedahkan bahawa sekitar 7,100 cheetah dewasa masih berada di dalam kawasan liar perhutanan dan paling memeranjatkan, haiwan ini semakin diancam dengan kepupusan jika tidak ada langkah-langkah bagi perlindungan haiwan ini.

Sebuah pusat pemuliharaan, De Wildt Centre di luar wilayah Pretoria, kira-kira 100 ekor cheetah telah disimpan dan dipelihara dalam kandang dan haiwan-haiwan ini kelihatan sedang berkeliaran di pusat berkenaan dan menikmati pemandangan landskap yang sangat luas dan besar.

Haiwan terpantas sekali di dunia ini kini sudah terdedah dengan kehilangan habitat semula jadinya malah bilangan haiwan ini menurun secara mendadak iaitu kira-kira 100,000 dalam masa 100 tahun yang lalu.

Haiwan ini telah kehilangan sekitar 90 peratus daripada habitatnya disebabkan oleh populasi manusia yang semakin meningkat terutama sekali di Afrika Utara.

Menurut beberapa kajian memperlihatkan beberapa hasil data komprehensif yang baru dalam usaha untuk memahami habitat haiwan-haiwan ini. Kebanyakan cheetah ditembak mati oleh para petani disebabkan cheetah tersebut memasuki kawasan pertanian dan ternakan.

Para petani berusaha untuk melindungi ternakan mereka daripada terus menjadi mangsa kepada cheetah tersebut. Malah ada sesetengah cheetah ditangkap dan dijerat untuk dijual dan diniagakan secara haram di negara-negara teluk sebagai haiwan peliharaan eksotik.

“Kebanyakan cheetah telah dilupakan dan kini spesies diancam kepupusan dan itu sangat menakutkan. Laporan yang telah dibuat baru-baru itu sebenarnya menekankan sejauh mana risiko perihal haiwan itu yang mana sebenarnya sedang menghadapi risiko yang besar namun orang ramai masih tidak mengetahuinya,” kata Rita Groenewald, pakar pemuliharaan pendidikan di pusat itu kepada wartawan AFP.

“Berkemungkinan besar, dalam masa satu atau dua generasi lagi, kita mungkin akan kehilangan beberapa spesies hidupan liar di dunia ini namun kita dididik untuk memberikan pengetahuan lagi kepada orang ramai khususnya di sekolah-sekolah, persatuan pemburu dan masyarakat-masyarakat mengenai kepentingan kita dalam menjaga dan melindungi haiwan-haiwan ini,” tambah Rita lagi kepada wartawan AFP.

Cheetah dapat menyesuaikan diri dengan baik di kawasan perlindungan itu sebagaimana kehidupannya di kawasan perhutanan disebabkan oleh kawasan perlindungan itu yang sangat besar dan luas.

Sekitar 7,100 cheetah dewasa masih berada di dalam kawasan liar perhutanan dan paling memeranjatkan, haiwan ini semakin diancam dengan kepupusan jika tidak ada langkah-langkah bagi perlindungan haiwan ini. – AFP
Sekitar 7,100 cheetah dewasa masih berada di dalam kawasan liar perhutanan dan paling memeranjatkan, haiwan ini semakin diancam dengan kepupusan jika tidak ada langkah-langkah bagi perlindungan haiwan ini. – AFP
Haiwan ini telah kehilangan sekitar 90 peratus daripada habitatnya disebabkan oleh populasi manusia yang semakin meningkat terutama sekali di Afrika Utara. – AFP
Haiwan ini telah kehilangan sekitar 90 peratus daripada habitatnya disebabkan oleh populasi manusia yang semakin meningkat terutama sekali di Afrika Utara. – AFP

Haiwan-haiwan ini hidup dengan penuh keselesaan dan terhindar daripada ancaman pemangsa-pemangsa lain khususnya terhadap anak-anak cheetah seperti serangan helang, singa dan juga dubuk. Namun beberapa laporan turut menyatakan bahawa Cheetah masih perlu hidup di luar kawasan perlindungan.

Kelajuan dan kepantasan

“Kami akan mengusahakan beberapa program untuk memastikan haiwan-haiwan ini boleh hidup bersama dengan para penduduk dan terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan dan itu adalah permulaan bagi satu harapan,” kata Laurie Marker, salah seorang penyelidik habitat haiwan tersebut kepada wartawan AFP semasa berada di Namibia.

Laurie Marker telah berjaya mempromosikan beberapa pengurusan yang padat terhadap ternakan bagi mengurangkan serangan cheetah terhadap ternakan tersebut dan menggalakkan para petani untuk menggunakan penggembala anjing Anatolia besar untuk menjaga ternakan para petani.

Lazimnya, cheetah tidka akan menyerang Anatolia yang besar dan kembali memburu di kawasan liar hutan. Laurie Marker sudah sekian lama mengabdikan hidupnya untuk menjaga dan memulihara haiwan itu daripada terus hilang di dunia ini.

Malah ada sesetengah cheetah ditangkap dan dijerat untuk dijual dan diniagakan secara haram di negara-negara teluk sebagai haiwan peliharaan eksotik. – AFP
Malah ada sesetengah cheetah ditangkap dan dijerat untuk dijual dan diniagakan secara haram di negara-negara teluk sebagai haiwan peliharaan eksotik. – AFP

“Haiwan ini sangat cantik, anggun malah sangat tangkas serta laju. Biarlah haiwan ini terus hidup sejauh mana ianya terus hidup kerana haiwan ini sangat unik berbanding seekor kucing,” tambah Laurie kepada wartawan AFP.

Menurut beberapa laporan rasmi, kebanyakan cheetah masih lagi hidup di kawasan liar perhutanan dan kebanyakannya berada di Afrika Selatan dan 50 ekor masih hidup di Iran.

Manakala selebihnya masih lagi hidup di kawasan sahara, Namibia, Angola, Zimbabwe, Afrika Selatan, Botswana dan Mozambique. Antara statistik yang mengejutkan dalam beberapa laporan Zoologi di London mengatakan bahawa bilangan haiwan itu di Zimbabwe semakin merosot sebanyak 80 peratus dalam tempoh 16 tahun.

Kini, cheetah diletakkan sebagai ‘Terancam’ oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN). Akibat situasi ini, beberapa langkah telah dipertingkatkan dalam usaha untuk memberikan sokongan dan sumber bagi memulihara haiwan eksotik ini daripada terus diancam dengan kepupusan.

Kebanyakan cheetah di kawasan pemuliharaan dijaga dengan begitu baik dan kelihatan seekor cheetah berumur tujuh tahun kelihatan sangat sihat, cukup makan dan amat dikagumi oleh para pelawat namun apa yang menyedihkan haiwan cantik ini tidak pernah keluar untuk merasakan keindahan dataran liar di kawasan dataran terbuka sebagaimana habitatnya yang sebenar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA