CheezBox Cafe tawar promosi bersungkai

CheezBox Cafe tawar promosi bersungkai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – CheezBox Cafe & Restaurant turut menampilkan hidangan promosi Sungkai Bufet bersempena bulan Ramadan dengan pelbagai jenis hidangan seperti menu utama, pencuci mulut, makanan pembuka selera, piza dan pasta, roti, serta stesen hidangan makanan Jepun.

Antara barisan menu utama ialah hidangan ketam dengan keju, kambing dengan sos BBQ, ikan salmon dan banyak lagi.

Di bahagian pencuci mulut pula, pelanggan disediakan dengan pelbagai jenis hidangan seperti kek-kek mini, buah-buahan, puding, creme brulee dan juga ais krim.

Minuman yang boleh didapati di bufet ini pula ialah bandung, ais limau dan juga fruit punch serta minuman panas, kopi dan teh.

Para pelanggan ketika memilih pelbagai makanan yang dihidangkan.
Para pelanggan ketika memilih pelbagai makanan yang dihidangkan.
Hidangan ketam yang boleh didapati di Sungkai Bufet Cheezbox.
Hidangan ketam yang boleh didapati di Sungkai Bufet Cheezbox.
Antara menu pilihan berbuka puasa di Cheezbox, Gadong.
Antara menu pilihan berbuka puasa di Cheezbox, Gadong.

Bagi pelanggan yang gemar makanan pasta pula bolehlah mencuba bahagian pasta dengan disediakan sos yang pelbagai, dan juga piza dimana pelanggan boleh membuat piza mereka sendiri mengikut cita rasa yang diingini.

Di bahagian stesen hidangan makanan Jepun pula, para pelanggan disajikan dengan pelbagai jenis susyi dan prawn tempura.

Bufet ini juga memberikan hidangan percuma bagi kanak-ka-nak yang berumur lima tahun ke bawah dan juga kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ditemani oleh empat orang dewasa.

Selain itu, promosi Sungkai Bufet CheezBox turut menawarkan eksklusif bufet baucar ‘Beli lima percuma satu’ dan menawarkan diskaun-diskaun menarik bagi pemegang kad istimewa CheezBox.

ARTIKEL YANG SAMA