Cheezbox rai kanak-kanak istimewa

Cheezbox rai kanak-kanak istimewa

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Restoran Cheezbox & Kafe, Gadong, hari ini meraikan seramai 10 orang kanak-kanak istimewa berserta keluarga mereka dan kakitangan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam pada Majlis Berbuka Puasa di restoran berkenaan.

Usaha ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat restoran berkenaan dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Di samping itu juga, majlis berbuka berkenaan turut memperkenalkan promosi Bufet Sungkai di Restoran Cheezbox yang menampilkan pelbagai juadah lazat untuk berbuka puasa seperti hidangan pencuci mulut, pasta dan banyak lagi.

Kanak-kanak istimewa bergambar ramai bersama wakil-wakil dari Cheezbox.
Kanak-kanak istimewa bergambar ramai bersama wakil-wakil dari Cheezbox.

ARTIKEL YANG SAMA