Chelsea Bakal Juara

Chelsea Bakal Juara

LEICESTER, 30 April – Chelsea memerlukan satu lagi kemenangan untuk menggenggam kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menang selesa 3-1 ke atas Leicester City, awal pagi tadi.

Jaringan separuh masa kedua menerusi Didier Drogba, John Terry dan Ramires membawa mata berharga kepada skuad bimbingan Jose Mourinho dan kemahkotaan liga bakal digarap sekiranya menewaskan Crystal Palace, Ahad ini.

Leicester, yang menang empat perlawanan sebelum ini berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Marc Albrighton pada penghujung separuh masa pertama.

Mourinho mengakui beliau tidak begitu gembira dengan aksi pasukannya pada separuh masa pertama namun berjaya bangkit untuk menguasai permainan pada babak kedua dengan menghasilkan tiga gol di gelanggang lawan.

“Stamford Bridge kini bersedia untuk meraikannya tapi kalau boleh saya minta mereka agar tidak meraikannya terlalu awal,” katanya.

Drogba (kanan) menjaringkan gol semasa menentang Leicester dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power semalam. - AFP
Drogba (kanan) menjaringkan gol semasa menentang Leicester dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power semalam. – AFP

“Kami semua mahu kemenangan pada Ahad ini namun ia boleh menjadi perlawanan yang sukar nanti,” katanya.

Rakan sejawatannya dari Leicester, Nigel Pearson dengan ikhlas berkata Chelsea akan menjadi pemenang gelaran dan menegaskan pasukannya masih berusaha untuk mengelak kepulangan segera ke peringkat kedua.

“Ada perasaan kami mampu dan memberikan peluang yang lebih baik untuk kami mengelakkan penyingkiran,” kata Pearson.

“Malam ini satu lagi tamparan kerana apabila pergi ke depan anda mengharapkan untuk menolak tetapi kami datang menentang pasukan yang mampu untuk mengambil kesempatan daripada kualiti kami pada babak kedua.”

Leicester bermula dengan baik dan Jamie Vardy menanduk hantaran silang Albrighton tepat ke arah Petr Cech sebelum rembatannya dari jarak 25 meter tersasar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA