Chelsea bakal pecah rekod beli Romelu Lukaku

Chelsea bakal pecah rekod beli Romelu Lukaku

LONDON, 3 Ogos – Chelsea dijangka mengemukakan tawaran bernilai 65 juta pound bagi mendapatkan khidmat Romelu Lukaku.

The Blues kini bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan Britain bagi membawa masuk bintang Everton itu selepas tawaran awal bernilai 57 juta pound ditolak, minggu lalu.

Sumber dalaman Chelsea ketika siri jelajah pra musim di Amerika Syarikat mengesahkan, bos Everton, Ronaldo Koeman akan diberi peluang mengambil Loic Remy sebagai pertukaran dalam perjanjian itu.

Pengurus baru Chelsea, Antonio Conte, mahu Lukaku mengetuai jentera serangannya pada musim depan dan kelab sudah bersedia membayarnya bagi memenuhi permintaan pengendali berkenaan.

Chelsea dijangka mengemukakan tawaran 65 juta pound untuk mendapatkan Lukaku. – AFP
Chelsea dijangka mengemukakan tawaran 65 juta pound untuk mendapatkan Lukaku. – AFP

Everton sebelum ini meletakkan tanda harga sebanyak 5 juta pound ke atas pemain berusia 23 tahun itu.

Bagaimanapun, The Blues yakin tawaran yang dikemukakan mereka bakal dipersetujui Everton, sekali gus memecahkan rekod perpindahan Britain yang dipegang Manchester United ketika membayar 60 juta pound kepada Real Madrid, dua tahun lalu.

Chelsea mengalih perhatian kepada Lukaku selepas harapan mereka untuk mendapatkan khidmat penyerang Real, Alvaro Morata gagal. – Agensi