Chelsea bangunkan Stadium Stamford Bridge

Chelsea bangunkan Stadium Stamford Bridge

LONDON, 2 Dis (AFP) – Chelsea telah mengemukakan permohonan perancangannya untuk membina sebuah stadium dengan 60,000 tempat duduk baru di atas tapak tanah Stamford Bridge mereka, juara Liga Perdana Inggeris itu mengumumkan kelmarin.

“Satu permohonan perancangan untuk sebuah stadium baru di Stamford Bridge dengan kapasiti tempat duduk yang diperluaskan telah dikemukakan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan. “Ini berikutan proses rundingan yang berjaya di mana kita menerima maklum balas yang amat membantu.”

Pelan-pelan berkenan melibatkan perobohan stadium semasa di Stamford Bridge, di mana Chelsea bermain sejak 1905, dan pembinaan sebuah arena baru dengan sebuah kedai kelab, muzium, restoran dan kafe.

Stamford Bridge di barat London telah dibaik pulih buat kali terakhir secara besar-besaran pada akhir 1990-an apabila West Stand stadium dibina semula. Kapasiti semasa 41,798 stadiumnya menyekat keupayaan Chelsea untuk mengaut pendapatan perlawanan pada tahap maksimum.

Menurut angka terbaru penganalisis kewangan Deloitte, Chelsea menjana 85 juta euro (AS$90.1 juta) hasil daripada jualan perlawanan pada musim 2013-14.

Musuh mereka dari London, Arsenal bersama Stadium Emirates dengan kapasiti 60,260 mendapat 120 juta euro manakala Old Trafford Manchester United, yang boleh memuatkan 75,653 orang mampu menjana pulangan 129 juta euro. Chelsea merancang mengembangkan keupayaan mereka dalam beberapa tahun akan datang.

Cita-cita untuk mengubah Stesen Janakuasa Battersea di tebing selatan Sungai Thames kepada stadium baru telah ditolak pada bulan Jun 2012 apabila sebuah syarikat Malaysia telah dipilih sebagai pembida untuk tapak itu.

Bola Sepak Ragbi Union (RFU) tahun lalu mendedahkan Chelsea telah bertanya tentang kemungkinan untuk menggunakan padang Twickenham – lapangan pasukan ragbi England – ketika Stamford Bridge dibangunkan semula.

Di atas padang, Chelsea benar-benar bergelut musim ini, jatuh ke tempat ke-15 dalam carta liga selepas tewas tujuh daripada 14 perlawanan pertama. Mereka juga telah tersingkir daripada persaingan Piala Liga.

ARTIKEL YANG SAMA