Chelsea belanja besar

Chelsea belanja besar

LONDON, 27 Ogos (Agensi) – Chelsea bakal muncul sebagai kelab paling banyak berbelanja dalam saingan bola sepak Inggeris, apabila dijangka membeli Paul Pogba dan John Stones (gambar bawah) sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir dalam tempoh beberapa hari ini.

Pengendali pasukan itu, Jose Mourinho bakal membuat tawaran baharu bagi mendapatkan Pogba, bintang hebat Juventus – pada harga sebanyak 70 juta pound sebelum jam 6 petang Selasa ini, waktu tempatan.

Juara Liga Perdana Inggeris itu juga sudah pun mengadakan perbincangan dengan Everton bagi mendapatkan Stones pada harga 34 juta pound meskipun skuad The Toffees dilaporkan tidak mahu melepaskan pemain berkenaan.

Chelsea berharap dapat menyelesaikan pembelian itu pada hujung minggu ini. Pembelian dua pemain itu akan menyaksikan mereka membelanjakan sebanyak 159 juta pound.

Paul Pogba menerima rawatan semasa Juventus menentang Lazio untuk Piala Super Itali di Shanghai, 8 Ogos lalu. – Reuters
Paul Pogba menerima rawatan semasa Juventus menentang Lazio untuk Piala Super Itali di Shanghai, 8 Ogos lalu. – Reuters

pg20_150828_b

Sebelum ini, pasukan itu sudah pun mengikat dua pemain remaja, Danilo Pantic dan Nathan selain penjaga gol, Asmir Begovic, Abdul Baba Rahman (Ghana) dan bintang Barcelona, Pedro.

Mourinho berjaya meyakinkan pemilik kelab, Roman Abramovich untuk berbelanja lagi bagi mengukuhkan skuad The Blues selepas pasukan itu bermula agak lembap awal musim ini.

Dia yakin Pogba, 22, yang juga pemain Perancis mampu dipikat sebelum perpindahan berakhir. Mourinho sedia menawarkan bintang Juventus itu gaji 300,000 pound seminggu.

ARTIKEL YANG SAMA