Chelsea benam Reds

Chelsea benam Reds

PASADENA, Amerika Syarikat (AS), 28 Julai – Cesc Fabregas dari Chelsea diarah meninggalkan padang kerana terjahan kasar ke atas pemain baru Liverpool, Ragnar Klavan, yang membayangi kemenangan 1-0 aksi persahabatan di Pasadena Rose Bowl semalam.

Pasukan gergasi Liga Perdana itu bersaing dalam pelawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa pra-musim dalam perlawanan yang lebih dilihat lebih banyak kekasaran berbanding perlawanan bola sepak.

Pemain midfield dari Sepanyol berusia 29 tahun itu mungkin tidak mengadu ketika dia diarahkan keluar padang pada minit ke-70 kerana melakukan terjahan lewat ke atas Klavan dengan kasutnya jelas diangkat.

Sebelum itu pengadil dari California, Baldomero Toldeo terpaksa melayangkan kad kuning kepada empat pemain Liverpool, dan kepada Gary Cahill dari Chelsea.

Ketua jurulatih baru Chelsea, Antonio Conte memberitahu wartawan selepas wisel penamat bahawa perlawanan itu lebih kompetitif berbanding dari yang dijangka dan memohon maaf di atas kekasaran yang dilakukan Fabregas itu.

Penjaga gol Chelsea Asmir Begovic (kanan) bertembung dengan Dejan Lovren dari Liverpool (kanan) di depan pintu gol dalam Piala Kejohanan Antarabangsa di Stadium Rose Bowl, Pasadena, California kelmarin. – AFP
Penjaga gol Chelsea Asmir Begovic (kanan) bertembung dengan Dejan Lovren dari Liverpool (kanan) di depan pintu gol dalam Piala Kejohanan Antarabangsa di Stadium Rose Bowl, Pasadena, California kelmarin. – AFP

“Saya rasa dalam tempoh ini keletihan kadangkala boleh membawa (pemain) untuk pergi terlalu lewat,” katanya.

“Saya tahu Fabregas adalah seorang yang bagus, pemain bagus dan bukanlah pemain yang memiliki keadaan seperti ini. Saya memohon maaf baginya dan bagi pemain Liverpool.”

Kloop berkata Klavan terlepas tanpa mengalami kecederaan daripada cabaran itu tetapi mendedahkan Marko Grujic berada di hospital selepas cedera di kepala pada separuh masa pertama.

“Dia tidak ingat….keadaan tersebut tidak menarik tetapi kecederaan berlaku dalam perlawanan seperti ini dalam pra-musim. Ia masalah terbesar.”

Klopp menafikan perlawanan itu lebih menarik berbanding pertemuan pra-musim biasa dengan menambah: “Ia terlalu jauh daripada perlawanan persahabatan, tapi okey.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA