Chelsea beri kekalahan pertama buat Spurs

Chelsea beri kekalahan pertama buat Spurs

LONDON, 27 Nov – Chelsea kembali dari belakang untuk menamatkan rekod tanpa kalah Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1 awal pagi tadi sekali gus merampas kembali kedudukan teratas liga.

Chelsea telah menyaksikan Liverpool dan Manchester City merampas kedudukan mereka pada awal permainan dan berada di belakang pada minit ke-11 apabila Christian Eriksen menjadi pemain pertama untuk membuat jaringan ke pihak mereka dalam tujuh perlawanan.

Namun gol cantik Pedro Rodriguez dan Victor Moses memberikan Chelsea kemenangan ketujuh berturut-turut, kemenangan tanpa tewas terpanjang mereka dalam satu musim sejak Januari hingga April 2007.

Chelsea yang akan mengunjungi City hujung minggu depan, mengembalikan kelebihan satu mata dari pasukan kedua Liverpool dan meninggalkan saingan London mereka Tottenham tujuh mata di belakang di tangga kelima.

Ia menandakan minggu buruk buat Spurs, yang tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara oleh Monaco pada pertengahan minggu ini dan hanya memenangi satu perlawanan dalam 10 perlawanan dalam semua pertandingan.

Chelsea memberikan kekalahan pertama Totenham Hotspurs dalam aksi liga. – AP
Chelsea memberikan kekalahan pertama Totenham Hotspurs dalam aksi liga. – AP
Salah satu percubaan untuk menyamakan kedudukan daripada pasukan Totenham Hotspurs. - AP
Salah satu percubaan untuk menyamakan kedudukan daripada pasukan Totenham Hotspurs. – AP

Kempen tanpa menang mereka di Stamford Bridge, di mana cabaran takhta liga perdana mereka berakhir musim lepas pada Mei, kini terkumpul menjadi 30, kemenangan terakhir mereka adalah pada Februari 1990.

Bermain tanpa Toby Alderweireld dan Danny Rose, Spurs digantikan di posisi belakang oleh bek tengah Kevin Wimmer mengisikan bek kiri dan Eric Dier digandingkan bersama Jan Vertonghen di tengah.

Namun kembalinya formasi 4-2-3-1, selepas kegagalan sistem 4-3-2-1, membantu mereka menekan Chelsea pada separuh masa pertama.

Selepas beberapa serangan awal termasuk usaha Harry Kane yang dibatalkan kerana ofsaid, anak didik Mauricio Pochettino berada di depan dengan gol cantik.

Memecah dari tengah, Dele Alli menghantar bola kepada Eriksen yang terus meledak bola kencang kaki kiri melepasi Thibaut Courtois.

Ia adalah gol pertama yang dibenarkan oleh Chelsea dalam 601 minit permainan bola sepak, sejak tewas 3-0 ke atas Arsenal pada 24 September.

Pasukan pelawat bermain dengan intensiti yang dilihat dalam kemenangan 2-0 mereka ke atas Manchester City pada awal Oktober dan mereka menemukan semula keyakinan itu yang diperlihatkan dalam keberanian mereka membuat sebarang ledakan.

Victor Wanyama, Kane, Eriksen dan Mousa Dembele kesemuanya mencuba ledakan mereka dari jarak jauh, meskipun hanya ledakan Kane yang mampu membuatkan Courtois bekerja.

Penjaga gol Chelsea itu juga perlu membuat penyelamatan dari usaha Kyle Walker selepas bek kanan England mencuba rembatan dari sudut.

Usaha-usaha awal Chelsea untuk membalas melalui sepakan percuma David Luiz dan rembatan Eden Hazard, mudah sahaja dihalang oleh Hugo Lloris.

Namun pada minit-minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Pedro menyamakan kedudukan dengan gol yang menakjubkan, membuat putaran 180 darjah di luar petak penalti dan kemudian melencongkan bola menggunakan kaki kanan masuk ke kiri atas gawang.

N’Golo Kante memberi isyarat niat Chelsea pada separuh masa kedua dengan membuat rembatan kencang kepada Lloris dan dalam masa enam minit separuh masa kedua bermula, mereka berada di depan.

Diego Costa menjadi arkitek gol tersebut, membuat larian dari kiri dan melakukan hantaran lintang rendah buat Moses, di mana ledakannya ditepis oleh kaki kanan Lloris, namun bola liar terkena lutut Vertonghen lalu masuk ke gawang.

Marcos Alonso boleh sahaja menjadikan kedudukan 3-1 sejurus selepas itu, berikutan sekali larian dari kiri oleh Costa, namun dari jarak 10 ela, ledakan dari kaki kanan pemain Sepanyol itu tersasar ke atas gawang.

Kane mencipta peluang untuk menyamakan kedudukan, namun tendangan volinya hanya mampu hinggap kepada Courtois apabila pasukan terakhir tanpa tewas itu menerima kekalahan mereka setelah 13 aksi. – AFP