Chelsea berjaya pikat Asmir Begovic

Chelsea berjaya pikat Asmir Begovic

LONDON, 14 Julai (AFP) – Juara Liga Perdana Inggeris Chelsea, hari ini mengumumkan sudah menandatangani kontrak bagi mendapatkan khidmat penjaga gol Stoke City, Asmir Begovic.

Begovic, 28 dilaporkan sudah bersetuju dengan kontrak perjanjian selama empat tahun di Stamford Bridge namun jumlah yang dibayar Chelsea kepada Stoke tidak didedahkan.

Kejayaan mendapatkan Begovic menjadi pembelian kedua terbesar The Blues, musim panas ini.

“Saya amat gembira untuk menyertai Chelsea. Selepas berbincang panjang dengan pengurus, saya merasakan saya mampu meningkat di sini dan memainkan peranan yang penting di dalam pasukan,” kata Begovic dalam laman web rasmi Chelsea.

Begovic meninggalkan Stoke City untuk menyertai juara Inggeris Chelsea. – Reuters
Begovic meninggalkan Stoke City untuk menyertai juara Inggeris Chelsea. – Reuters

Kehadiran Begovic ke kelab Barat London itu menjadi pembelian kedua terbesar buat Chelsea yang sebelum ini berjaya mendapatkan khidmat penyerang Colombia, Radamel Falcao menerusi pinjaman dari Monaco.

Pembelian Begovic juga dilihat akan memberi saingan hebat kepada penjaga gol utama The Blues, Thibaut Courtois selain menggantikan kekosongan ditinggalkan Petr Cech yang berhijrah ke Arsenal.

Begovic yang bersekolah di Kanada dan mewakili negara itu pada Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2007 menghabiskan masa selama lima tahun bersama Stoke sejak berpindah dari Portsmouth pada 2010.

ARTIKEL YANG SAMA