Chelsea halang Arsenal terajui liga

Chelsea halang Arsenal terajui liga

LONDON, 25 Jan – Arsenal terlepas peluang untuk kembali ke teratas Liga Perdana Inggeris apabila tewas 1-0 ke atas Chelsea kelmarin dalam perlawanan yang diadakan di tempat sendiri. Penyerang kontroversi Chelsea, Diego Costa terus menjadi duri dalam daging apabila meledak gol tunggal perlawanan terbabit. Selain meledak gol pada minit ke-23, Costa turut menjadi penyebab buat Arsenal yang terpaksa beraksi 10 pemain.

Arsenal terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Per Mertesacker apabila dia diarahkan keluar padang oleh pengadil, Mark Clattenburg kerana mengasari Costa pada minit ke-18.

Tindakan Clattenburg itu menyaksikan pengurus Arsenal, Arsene Wenger terpaksa mengeluarkan penyerang, Olivier Giroud dan menggantikannya dengan Gabriel.

Bagaimanapun, tindakannya itu tidak begitu disenangi peminat Gunners yang bertindak mengejek pengurus kelahiran Perancis itu.

Di sebalik beraksi kurang seorang pemain, perlawanan terus rancak dengan Arsenal tetap berpeluang menjaringkan gol namun ketumpulan serangan selain kecemerlangan kedua-dua penjaga gol menyaksikan tiada tambahan jaringan direkodkan. – Reuters

Alexis Sanchez yang kembali beraksi buat Arsenal cuba sedaya upaya untuk menyamakan kedudukan. – Reuters
Alexis Sanchez yang kembali beraksi buat Arsenal cuba sedaya upaya untuk menyamakan kedudukan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA