Chelsea hampir ikat Conte

Chelsea hampir ikat Conte

LONDON, 6 Mac (Agensi) – Bekas pengurus Juventus, Antonio Conte (gambar) kian hampir mengikat perjanjian dengan Chelsea selepas dikatakan bersedia untuk bertemu pemilik, Roman Abramovich di Monaco, minggu depan.

Jurulatih kelahiran Itali itu dijangka mengemudi kelab gergasi England itu selepas membimbing skuad kebangsaan negaranya pada Euro 2016 dan difahamkan, perbincangan bersama jutawan Russia itu akan dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sumber dari Itali mendapati Conte ketika ini fokus sepenuhnya terhadap kerjanya namun pengurus berusia 46 tahun itu mahukan cabaran baru selepas kejohanan benua itu berakhir di Perancis pada Julai.

Guus Hiddink yang menggantikan tempat Jose Mourinho pada Disember lalu berulang kali menyuarakan keinginannya untuk tidak mahu kekal lama di Stamford Bridge selepas dilantik pengurus sementara.

Italy's coach Antonio Conte looks on before the Euro 2016 group H qualifying soccer match against Norway at the Olympic Stadium in Rome, Italy, October 13, 2015. REUTERS/Stefano Rellandini
Italy’s coach Antonio Conte looks on before the Euro 2016 group H qualifying soccer match against Norway at the Olympic Stadium in Rome, Italy, October 13, 2015. REUTERS/Stefano Rellandini

Malah, pengurus kelahiran Belanda itu juga mendesak kelab itu untuk mendapatkan penggantinya secepat mungkin sekali pun majoriti pemain mahu dia kekal di London.

Chelsea sudah menimbangkan beberapa sasaran mereka termasuk Juventus, Massimoliano Allegri dan pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone namun Conte dilihat lebih berpeluang untuk menjawat antara jawatan paling panas dalam bola sepak itu.

Conte berjaya memenangi Serie A Itali sebanyak tiga kali berturut-turut ketika mengemudi Juventus bermula pada 2011 hingga 2014 sebelum menjadi jurulatih Itali.

ARTIKEL YANG SAMA