Chelsea ingin sambar Muller

Chelsea ingin sambar Muller

LONDON, 1 Dis (Agensi) – Chelsea bersedia untuk menyaingi seteru utamanya, Manchester United bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Bayern Munich, Thomas Muller.

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dijangka tidak mengenakan sebarang hukuman ke atas penyerang, Diego Costa yang melontar bib kepada pengurus, Jose Mourinho, ketika pertembungan menentang Tottenham Hotspurs, Isnin lalu.

Begitupun, penyerang berusia 27 tahun itu mendapati dirinya berisiko untuk digantikan dengan bintang Jerman itu yang turut diminati bos Manchester United, Louis van Gaal. Bekas pemain tengah Bayern dan Jerman, Lothar Matthaus begitupun memberi amaran kepada Muller, 26 untuk menjauhi EPL.

Khidmat penyerang sensasi dari Jerman Thomas Muller kini direbut oleh Chelsea dan Manchester United. – Reuters
Khidmat penyerang sensasi dari Jerman Thomas Muller kini direbut oleh Chelsea dan Manchester United. – Reuters

“Dia tidak memerlukan Manchester United atau Chelsea. Barcelona mungkin boleh mendapatkan khidmatnya namun saya tidak tahu sama ada dia boleh mengadaptasi permainan mereka,”.

“Dia memulakan karier profesional di Bayern dan saya fikir dia sepatutnya menamatkan kariernya di sini. Dia tidak perlu mencari cabaran baharu kerana dia sentiasa bermain di tahap tertinggi setiap tahun di Bayern,” katanya.

Chelsea ketika ini sudah menimbang untuk membawa masuk beberapa penyerang ke Stamford Bridge pada perpindahan Januari atau musim panas ini.