Chelsea kecewa lagi, tewas kepada Stoke

Chelsea kecewa lagi, tewas kepada Stoke

LONDON, 8 Nov (Reuters) – Nasib Chelsea terus dirundung malang apabila tewas 0-1 kepada Stoke City di Stadium Britannia, semalam.

Marko Arnautovic menghadiahkan gol kemenangan kepada pasukan tuan rumah pada minit ke-53.

Kekalahan terbaharu itu ternyata terus memberikan tekanan kepada pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang tidak hadir menemani anak buahnya pada perlawanan tersebut.

Mourinho menjalani hukuman larangan satu perlawanan salah laku ketika perlawanan menentang Southampton.

Pemain Stoke, Marko Arnautovic meraikan jaringannya ke atas Chelsea pada perlawanan Perdana Inggeris di Stadium Britannia, Stoke on Trent, England, pada 7 November 2015. – Agensi
Pemain Stoke, Marko Arnautovic meraikan jaringannya ke atas Chelsea pada perlawanan Perdana Inggeris di Stadium Britannia, Stoke on Trent, England, pada 7 November 2015. – Agensi

Memburukkan lagi keadaan, ia adalah kekalahan ketujuh mereka dalam 12 aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Kali terakhir Chelsea mencatatkan kekalahan terbanyak pada musim 1978/1979.

Kini, pasukan kendalian Mourinho itu menduduki tangga ke-16 liga.

ARTIKEL YANG SAMA