Chelsea mahu khidmat jurulatih Chile

Chelsea mahu khidmat jurulatih Chile

LONDON, 25 Dis (Agensi) – Chelsea kini turut berminat mendapatkan jurulatih Chile, Jorge Sampaoli bagi kelab berkenaan.

Sebelum ini skuad The Blues dilapor turut berminat mendapatkan pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola, Diego Simeone dan Juande Ramos.

Sampaoli yang menjulang Chile sebagai juara Copa America sebelum dicalonkan sebagai jurulatih terbaik FIFA 2015 bersama Guardiola dan pengendali Barcelona, Luis Enrique.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich kini dalam usaha mengukuhkan kembali skuad The Blues selepas pemecatan Jose Mourinho minggu lalu.

Abramovich dilapor berminat dengan Sampaoli kerana corak menyerang yangn diamalkannya pada Chile.

ARTIKEL YANG SAMA