Chelsea mahu ...

Chelsea mahu tebus kekecewaan

LEICESTER, 13 Jan – Bos Chelsea, Antonio Conte berharap para pemainnya sudah melupakan kekecewaan selepas rekod 13 kemenangan berturut-turut mereka berakhir dan akan mengalahkan Leicester bagi mengukuhkan lagi pemburuan kejuaraan.

Kunjungan Ahad ini ke Stadium King Power bagi pertemuan dengan juara musim lepas menandakan aksi liga pertama sejak kekalahan 2-0 di Tottenham Hotspur yang mengakhiri kemenangan berturut-turut mereka.

Meskipun dengan kekalahan itu, Chelsea masih selesa di puncak liga dengan pesaing terdekat, Liverpool ketinggalan lima mata.

Conte mempunyai sebab untuk berpuas hati dengan reaksi para pemainnya apabila mereka dengan mudah menewaskan pasukan liga bawahan, Peterborough United bagi memastikan tempat mereka dalam pusingan keempat Piala FA.

Tetapi memandangkan pasukannya telah memberikan para pesaing lain harapan bahawa jurang boleh dikurangkan, pengurus warga Itali itu pasti sedar mengenai impak tercicir lebih banyak mata.

Pemain sayap Chelsea, Pedro (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara Chelsea dan Peterborough United. – AP
Pemain sayap Chelsea, Pedro (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara Chelsea dan Peterborough United. – AP

Penyerang Sepanyol, Pedro Rodriguez telah mengalami musim pertama yang sukar di Chelsea, tetapi bagi kempen kali ini dia telah mula berkembang dan percaya keputusan menentang Spurs sudah dilupakan.

“Menentang Spurs adalah perlawanan berbeza,” kata Pedro.

“Kami kalah, tetapi tidak menjadi masalah, kami hanya perlu terus memenangi perlawanan seterusnya.

“Perlawanan seterusnya adalah Leicester, sebuah pasukan yang sukar, tetapi kami sudah membuat persiapan rapi dan mahukan kemenangan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA