Chelsea menang 1-0 ke atas Thailand All-Star

Chelsea menang 1-0 ke atas Thailand All-Star

BANGKOK, Thailand, 1 Jun (AFP) – Pemain muda Chelsea mendapatkan peluang untuk menyerlah di Bangkok hari ini ketika pasukan the Blues itu terselamat dari ancaman separuh masa kedua bagi menewaskan Thai All Stars 1-0.

Juara Liga Perdana Inggeris itu mengunjungi ibu negara Thai bagi perhentian pertama dalam jelajah penamat musim yang juga akan beraksi di Australia.

Pemain muda, Izzy Brown, Ola Aina, Nathan Ake dan Dominic Solanke bermula sebagai pemain gantian, lalu menunjukkan mengapa dia dinamakan pemain tahun akademi Chelsea tahun ini pada minggu lalu.

Pemain yang berumur 17 tahun itu meledakkan voli sempurna pada minit ke 12 selepas hantaran lintang yang rendah dari Aina, 18, menerima sentuhan dari Loic Remy sebelum mendapatkan kaki kanan Solanke.

Pemain Chelsea Diego Costa (kanan) cuba mendapatkan bola dengan pemain Thailand All-Star (kiri). - AFP
Pemain Chelsea Diego Costa (kanan) cuba mendapatkan bola dengan pemain Thailand All-Star (kiri). – AFP

Pasukan All Star kendalian Kiatisuk Senamuang itu, terdiri dari pemain-pemain liga perdana setempat, yang memberikan tentangan bagi pasukan pelawat.

Tetapi mereka hampir mencetuskan kemaluan Chelsea pada minit ke-67 dengan rembatan tepat yang dikeluarkan menerusi tandukan dari pemain pertahanan Chelsea, Andreas Christensen.