Chelsea menan...

Chelsea menang, Conte puji Costa

STOKE-ON-TRENT, United Kingdom, 19 Mac – Pengurus Chelsea, Antonio Conte menggambarkan Diego Costa sebagai contoh kepada rakan sepasukannya selepas pendahulu Liga Perdana itu melebarkan jurang 13 mata dengan kemenangan 2-1 di Stoke City.

Cahill meledakkan gol kemenangan di saat-saat akhir selepas penalti Jonathan Walter tujuh minit sebelum rehat membatalkan jaringan pembukaan Chelsea menerusi sepakan percuma Willian di minit ke-13.

Costa, yang digugurkan pada Januari lalu selepas laporan perbalahan bersama Conte, berada dalam kesukaran disiplin selepas dilayangkan kad kuning kerana keadaan yang dibuat-buat pada minit ke-16 dalam perlawanan semalam.

Pemain penyerang Sepanyol yang kontroversi itu terlibat dalam beberapa pergaduhan bersama pemain–pemain Stoke, terutamanya bersama pemain pertahanan Ryan Shawcross dan Bruno Martins Indi, tetapi mampu untuk masih berada di atas padang dan Conte memuji cara Costa yang enggan diperdaya.

“Ia bukanlah mudah apabila anda menerima kad kuning selepas beberapa minit,” kata Conte.

Pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill meraikan jaringan kemenangan pasukannya ke atas Stoke City bersama rakan sepasukannya. – AP
Pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill meraikan jaringan kemenangan pasukannya ke atas Stoke City bersama rakan sepasukannya. – AP

“Peraturan adalah normal untuk menjadikan pemain marah dan untuknya memberikan reaksi dan untuk melakukan kesilapan seterusnya.

“Saya rasa Diego menunjukkan bukan hanya dalam perlawanan ini di mana anda perlu berdisiplin. Diego menunjukkan dirinya sebagai pemain hebat dengan cara ini.

“Dia menunjukkan saya komitmen besar dan menunjukkan dia beraksi bagi pasukan dan bukan dirinya. Saya mahukan sikap itu daripada pemain saya.

“Pada masa lalu kadang kala dia dilayangkan dua kad kuning. Musim ini saya gembira dengannya kerana sikapnya.”

Kemenangan kelima berturut-turut Chelsea itu telah melebarkan rentetan perlawanan tanpa kalah mereka kepada 12 perlawanan dan mengakhiri rekod lapan perlawanan tanpa kalah Stoke di gelanggang sendiri. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA