Chelsea menggigit jari

LONDON, 11 Jan – Chelsea membazirkan peluang untuk menguasai perlawanan separuh akhir Piala Liga mereka menentang Arsenal apabila kelab Blues itu terpaksa menerima keputusan seri 0-0 dalam pusingan pertama semalam.

Pasukan Antonio Conte menguasai perlawanan bagi tempoh lama di Stamford Bridge – yang mana Sistem Pengadil Bantuan Video (VAR) beroperasi – namun tidak mempunyai penyudah bahaya yang diperlukan untuk melangkah ke arah perlawanan akhir.

Mereka telah mencatatkan 21 tendangan ke arah gawang berbanding Arsenal yang hanya mampu membuat lapan cubaan, namun keputusan seri masih meletakkannya dalam kedudukan bahaya apabila memasuki pusingan kedua di Stadium Emirates pada 24 Januari nanti.

Conte berkata “Kami tidak klinikal di sebalik mencipta peluang (yang banyak). jika mahu menang perlu mencipta jaringan.”

“Kami tidak memberikan gol, tetapi kami tahu kami bermain di tempat lawan di Arsenal dan kami mesti bersedia untuk berjuang jika kami ingin ke perlawanan akhir.” – AFP

Hazard (kiri) cuba membawa bola daripada dirampas oleh Holding (kanan) dalam perlawanan semalam. – AP